Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Lim Kit Siang .

PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, DAP sudah banyak berubah berbanding era semasa beliau menjadi Perdana Menteri keempat dan Presiden UMNO.

Dr. Mahathir berkata, berbanding DAP yang “sangat Cina” dulu, DAP kini mampu memenangi kerusi walaupun meletakkan orang Melayu sebagai calon.

Dr. Mahathir berkata demikian kepada Sinchew Daily yang bertanya mengenai kenyataan lamanya yang membidas DAP sebagai parti cauvinis dan rasis.

“(Dulu) DAP memanggil saya diktator, rasuah, menyeleweng kuasa dan macam-macam lagi.

‘Kenapa ini terjadi? Kerana semasa anda sedang bertarung, kamu akan memanggil lawan sebagai syaitan walaupun dia ini orang yang baik,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, DAP sekarang amat berbeza dengan DAP yang melawannya pada satu ketika dulu.

“Tengok DAP, apabila mula-mulanya ditubuhkan pada 1965, ia merupakan cawangan PAP Singapura.

“Mereka ‘sangat Cina’, tetapi DAP sedar bahawa mereka tidak boleh seperti PAP di Singapura kerana pada masa itu 75 peratus penduduk Singapura adalah orang Cina sementara 60 peratus penduduk sini adalah Melayu. Oleh itu, DAP telah banyak berubah,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, DAP sedar bahawa mereka tidak akan maju ke depan dan hanya dapat menjadi pembangkang sekiranya gagal mendapat sokongan Melayu.

Ujar Dr. Mahathir, kesedaran itu mendorong DAP bekerjasama dengannya.

Menurut bekas Perdana Menteri, apabila Bersatu menyertai pakatan politik yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, beliau telah dicadangkan sebagai calon PM walaupun tidak meminta jawatan itu.

“Ini kerana masa itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di penjara dan tidak boleh menjadi calon PM. Kalau Anwar ada, saya yakin beliau akan minta jawatan PM.

“DAP, Amanah dan PKR mencalonkan saya sebagai PM, satu orang yang mereka panggil syaitan sebelum ini sedangkan saya tidak pernah meminta,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, sebagai seorang yang pragmatik, beliau boleh bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun wujud masalah antara beliau dengan parti itu.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir tidak bersetuju bahawa Bersatu akan kalah jika bekerjasama dengan DAP.

“Mereka kata DAP mampu memusnahkan Melayu. Ini mengarut kerana orang seperti Najib dan Muhyiddin yang dapat memusnahkan Melayu. Ini kerana mereka menipu, rasuah dan sebagainya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

19 Komen

  1. Wah tun. Bru beberapa bulan Abah jd PM, Tun dah label dia sebagai penipu dan perasuah ya Tun? Kes najib pun belum selesai, blom tahu lg salah atau tak. Kata dulu Tun hormat rules of law.. tp ni Tun dah menghukum sebelum dibuktikan bersalah ja

  2. Khusus untuk mamak ni, manifesto bukan kitab suci. Sampai kiamat tak akan percaya dah. Orang banyak duit begini politik hanya permainan macam budak kecil bermain dengan anak patung. Bezanya yang jadi mangsa rakyat.

  3. Manusia apabila umur sudah melebihi 90 tahun fikiran n tingkah laku akn mrnjadi sperti kanak2 berumur 5 tahun…biarkn je..selagi dia mampu n berdaya..sblum ajal menemui nya..

  4. Babi,tetap haram dari dulu sampai kiamat..benda haram jangan di pegang,jangan di usik,jangan di makan..nanti darah daging jadi haram..

  5. Ni la contoh manusia paling lahanat. Aku pun x faham knp masih ada lagi org nak sokong n suka dia. Setiap hari ckp bwrtukar-tukar n sanggup bersekongkol dgn puak yang nak menjahanamkan ketuanan melayu yg dah sedia termaktub dlm perlembagaan. Dap ni mmg puak bermuka-muka, bila nak raih simpafi org melayu sanggup buat apa saja tp bila daj dpt kuasa mmg org melayu jd setaraf dgn rohingya.

  6. lahanat punya madey… dah kembong tempolok kau… kau kata DAP baik ya… dasar pengkhianat org melayu nie… sama ja dgn Tun Sri Lanang nasib baik Tun Sri Lanang sempat bertaubat… harap-harap kau madey sempat la bertaubat…

  7. sedarlah wahai bangsa Melayu,
    jgn kerana si tua gila nie jd pm paling lama,kita sanggup nak memberikan dap kuasa kali yg ke 2,sedarlah apa yg berlaku selama 22 bulan negara diperintah oleh dap,
    cukup2lah,usahlah kita menyesal dikemudian hari,
    jgn diikutkan lagi rentak si tua gila nie,dia anak beranak punya kaya 7 keturunan pun makan xabis,sedarlah dan bangkitlah

  8. Tun bercakap bukan realiti yg sebenar…syak wasangka antara kaum masih berlaku di mana2 negara antara majoriti dan minoriti..di tambah lagi yg majoriti yg masih di belakang dari segi ekonomi

  9. Klu duk puji sgt DAP knp tak bertanding utk jawatan no 1 Dap. Pas tu Convert agama terus. Pakai nama Ma Ha Fei Hung. Kahak Ptuiii

  10. Ini pemimpin munafik dlm satu rakaman suara terang terang dia kata benci dapigs dan tak suka anuwar Ibrahim… Mulut serupa taik.

  11. Atok mmg layak digelar MELAYU MUDAH LUPA.Utk mencapai cita2nya atok sanggup berkerjasama dgn siapa saja. Atok kata najib dan muhyiden penipu. Atok kata UMNO perompak. Nak tanya atok sikit, selama 22 tahun atok jd PM, adakah atok x merompak khazanah negara melalui kroni atok? Brp byk atok bail out syarikat kroni atok dan anak2 atok? Atok x nak nafikan ke? Satu dunia tahu perangai licik atok dlm politik. Insaflah atok.

  12. Melayu sekarang mundur krn polisi yg atok buat selama 22 tahun jd PM. ATOK BERDOSA DGN RAKYAT MALAYSIA AMNYA dan ORG MELAYU KHUSUSNYA.

  13. Orang melayu islam yg sokong Tun Mahathir hukumnya haram dan terpesong akidahnya sebab bersubahat dgn kapir harbi DAP utk menjatuhkan kerajaan majoriti melayu islam iaitu UMNO, PAS, BERSATU yg dipanggil PN. Allahuakbar!

Comments are closed.