Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kekukuhan ekonomi negara bersandarkan kepada lapan faktor iaitu pertumbuhan yang mantap dan stabil.
KLCC mercu tanda Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – S&P Global Ratings menyemak prospeknya Malaysia kepada negatif untuk mencerminkan risiko penurunan tambahan terhadap metrik fiskal kerajaan memandangkan iklim ekonomi global yang lemah dan ketidakpastian polisi yang meningkat.

Dalam satu kenyataan, agensi penarafan itu berkata, kesan Covid-19 ke atas ekonomi digabungkan dengan penurunan harga minyak dan rangsangan fiskal akan melemahkan kedudukan hutang kerajaan dalam beberapa tahun ke depan.

Walau bagaimanapun, ia mengesahkan ‘A-” untuk jangka panjang dan ‘A-2’ penilaian kredit jangka pendek kedaulatan mata wang asing serta “A” untuk jangka panjang dan “A-1” untuk penilaian mata wang tempatan jangka pendek “A” dan “A-1”  Malaysia.

“Prospek negatif mencerminkan harapan kami bahawa Malaysia menghadapi risiko peningkatan kemerosotan selanjutnya dalam pengaturan fiskalnya berkaitan dengan pandemik Covid-19, selama 24 bulan ke hadapan,” kata S&P.

Agensi itu mengunjurkan hutang bersih Malaysia boleh melepasi 60% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), di tengah-tengah defisit fiskal yang lebih tinggi pada tahun 2020 dan 2021 dan ramalan pengurangan dalam KDNK sebenar pada tahun ini.

Ia juga menjangkakan hutang bersih kepada KDNK kepada purata 63.4% hingga 2023 dan jatuh kepada 61,1% pada akhir tempoh ramalannya.

“Kenaikan hutang kerajaan juga cenderung memerlukan Malaysia menyemak semula peraturan fiskal yang sudah lama untuk mengehadkan hutang kerajaan pusat kepada kurang dari 55% daripada KDNK.

”Kami menjangkakan kerajaan akan menaikkan had ini dalam waktu deka kerana operasi kerajaan akan terjejas sekiranya kadar hutang melepasi tahap itu, ”kata S&P.

Agensi penarafan menambah, kedudukan fiskal kerajaan akan menanggung risiko luar biasa daripada perusahaan awam dan sektor kewangannya seperti jaminan atas hutang dan surat sokongan, termasuk surat sokongan 1Malaysia Development Berhad bernilai AS$3 bilion.

Sekiranya pertumbuhan negara menurun dengan lebih ketara atau berpenjangan, penarafan negara akan susut lebih jauh.

Komitmen yang lebih lemah untuk penyatuan fiskal, boleh mengakibatkan peningkatan hutang kerajaan dengan lebih cepat, juga memberi tekanan kepada penarafan.

S&P berkata, penurunan tekanan akan meningkat jika perubahan tahunan hutang bersih kerajaan melebihi 4% secara kekal atau kadar faedah dibayar melebihi 15% daripada pendapatan.

“Tekanan ke bawah juga akan meningkat jika kestabilan politik merosot sehingga keadaan sukar diramalkan,” tambah S&P.

Sebaliknya, prospek akan disemak menjadi stabil selama 24 bulan ke depan jika pertumbuhan ekonomi melebihi ramalan, yang akan diterjemahkan kepada prestasi fiskal yang lebih kuat dan peningkatan kewangan kerajaan lebih cepat.

S&P menjangkakan KDNK negara susut 2% pada tahun ini akibat Covid-19.

Tetapi ekonomi mungkin akan stabil dan seterusnya mencatatkan pemulihan yang kukuh dan mencapai pertumbuhan 7.5% pada tahun 2021.

Ini kerana, ekonomi Malaysia mempunyai kepelbagaian yang baik dan berdaya tahan.

Oleh itu, pada tahun 2021, S&P menjangkakan peningkatan lebih kukuh dalam pertumbuhan terutamanya berdasarkan kesan asas.

Dalam jangka masa sederhana, S&P menjangkakan ekonomi Malaysia akan kembali pada trend kadar pertumbuhan 4% -5% setiap tahun, dengan prestasi yang lebih kuat pada tahun 2022 kerana kerugian pengeluaran akan pulih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast