Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR: Mayat seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang dipercayai diculik ketika sedang berjogging di Damansara awal bulan ini ditemui dalam belukar.

Mayat mangsa yang diculik pada 10 Jun lalu itu ditemui polis di Batu 27, Jalan Rawang, Bestari Jaya dekat sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, yang mengesahkan penemuan itu berkata, mangsa lelaki berbangsa India berusia 55 tahun itu ditemui polis dalam kawasan belukar kira-kira jam 9 pagi tadi.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat.

“Kita bersama pasukan jenayah dan forensik sedang mempergiatkan siasatan di sebuah taman perumahan di Sungai Choh, Rawang yang mana berdasarkan siasatan ia dipercayai adalah tempat mangsa dikurung di situ oleh penjenayah.

“Kita masih menjalankan siasatan secara mendalam dalam kes ini bagi menemukan sebarang bukti petunjuk di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast