Hay Yi Jack.

KUALA LUMPUR – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun yang hilang sejak Sabtu lalu.

Kanak-kanak itu bernama Hay Yi Jack menetap di Setapak.

Polis berkata, kali terakhir Yi Jack dilihat kira-kira jam 4.30 petang pada 27 Jun lalu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi DSP Stephen A/L Genason (Pegawai Penyiasat Kanan) di talian 016-3767390 atau Insp Mohamad Faez Paiman (Pegawai Penyiasat) di talian 017-7190170, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast