Trend Cafe Riders bermula di England dalam sekitar awal 60-an selepas perang dunia kedua yang merujuk kepada sekumpulan pelumba yang berlumba satu sama lain dari cafe ke cafe yang lain. Dengan mengubah suai jentera mereka dengan konsep klasik, kini di Malaysia itulah senario yang semakin digemari segelintir generasi muda kini.
Dengan itu, tidak hairanlah Riders Garage & Co yang bertapak di Bandar Sunway, Kuala Lumpur telah menjadi satu lokasi tumpuan bagi golongan peminat jentera klasik ini yang mencari kelainan terhadap penampilan mereka ketika di jalanan.
Ditubuhkan pada Tahun 2014 yang hanya menjual barang melalui medium online, mereka melebarkan sayapnya ke sebuah premis kedai pertamanya di Subang Jaya SS15, kemudian berpindah di Bandar Sunway pada tahun 2016. Kedai ini di buka setiap hari bermula pada pukul 11 pagi hingga 8 malam.
Hanya menumpukan penjualan barang-barang eksesori motor yang menitik beratkan gaya penampilan dan ingin menaikkan lagi identiti jiwa si penunggang motorsikal untuk kelihatan lebih unik dengan jentera mereka. Rider Garage & Co menjual pelbagai aksesori yang berkualiti tinggi dari pelbagai jenama yang terkenal termasuk dari United Kingdom, Jepun, United States dan banyak lagi.
Satu cacatan sejarah telah dicipta oleh komuniti jentera klasik di Malaysia ini dimana pada 27 jun 2020, Art of Speed dengan penaja utama dari Riders Garage & Co dan kelab lain telah membuat cetusan idea satu majlis besar-besaran yang diberi nama LamaXride, yang telah megumpulkan seluruh penunggang jentera klasik di 19 bandar berbeza seluruh Malaysia dengan hashtag mereka #DressToKill dan #lamaXride. Lokasi berkumpul adalah di hadapan kedai Riders Garage & Co.
Perjalanan dari Padang Besar, Perlis hinggalah ke Lahad Datu, Sabah, yang membawa jalan dan lokasi yang berbeza telah berjaya menyatukan lebih 70 kelab motorsikal termasuk nama-nama besar seperti Adipati Bertiga, Hikari Riders, Rascal Motor Club, Art of Speed, Buragas Cycle dan lain-lain dari seluruh Malaysia.
Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini tiada aktividi dapat dilakukan sehinggalah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Penyatuan berjaya dilaksanakan dengan masih mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19.