Pada 30 Mei yang lalu, akhbar tempatan Sabah bernama “Daily Express” memaparkan tajuk utama iaitu “Shafie for DPM if Mahathir wrests back Putrajaya?”, hal ini menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan rakyat Malaysia

Setelah hampir sebulan kemudian. Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa Shafie Apdal akan menjadi calon Perdana Menteri “Pakatan Harapan – plus” ketika siaran “Facebook Live” beliau. Pengumuman tersebut membawa kepada ulasan dan pendapat dalam situasi politik Malaysia yang serba menarik ini.

Akan tetapi, seharusnya kita bukan sahaja bicara soal jawatan Timbalan Perdana Menteri mahupun Perdana Menteri, isu pokok yang harus diselami oleh pimpinan politik kedua- dua belah pihak adalah bagaimanakah kita boleh memperbaiki/menambahbaik hubungan persekutuan Malaysia dengan meneliti hubungan antara Borneo dan Semenanjung, contohnya Perjanjian Malaysia 1963 dan Memorandum 20 perkara.

Perkara yang paling mustahak yang perlu disedari adalah Sabah dan Sarawak terkebelakang dari segi pembangunan. Perkara ini perlu ditangani secara tegas dan menyeluruh berbanding daripada apa- apa jawatan bagi mana-mana pimpinan politik. Masalah ini berpunca daripada perselisihan dan pertelingkahan di antara pimpinan politik negara pada masa lalu.

Budaya tawar-menawar jawatan hanya memberi faedah kepada elit politik di negara ini, tidak banyak manfaat mahupun perubahan kepada rakyat biasa di Sabah dan Sarawak

Perkembangan terkini telah membuktikan bahawa mana-mana pimpinan politik yang mahu memimpin dari Kuala Lumpur/Putrajaya tidak boleh memimpin secara efektif tanpa sokongan oleh pengundi-pengundi dari Sabah dan Sarawak dan juga dokongan dan keyakinan pimpinan di Kuching/Petrajaya dan Kota Kinabalu.

Budaya tawar-menawar jawatan bukanlah cara terbaik atau jalan penyelesaian kepada pembangunan Persekutuan Malaysia ini. Cita-cita dan keperluan masyarakat dalam Persekutuan ini – Semenanjung dan Borneo tidak terletak pada jawatan semata – mata akan tetapi perkara tersebut perlu dizahirkan dalam bentuk undang – undang dan dasar. Malaysia memerlukan reformasi menyeluruh dalam pentadbiran kerajaan dan juga kerjasama yang jitu bagi merealisasikan perkara ini.

Kita telah hilang banyak masa dan peluang dalam membina Persekutuan Malaysia. Reformasi yang tulen sangat diperlukan dengan kerjasama semua pihak baik dariapda Pakatan Harapan yang mempunyai cawangan di Semenanjung dan juga Borneo dan juga parti – parti lokal di Sabah dan Sarawak seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan lain – lain.

Perkara ini adalah lebih besar dari kemenangan mana-mana pihak, kerana Perjanjian Malaysia 1963 akan menjadi dinamik utama politik Borneo bagi masa akan datang. Adalah penting dan mustahak untuk pimpinan politik sedari bahawa nasib dan citra Persekutuan Malaysia bergantung kepada kemakmuran rakyat biasa bukannya golongan elit politik.

Bukan sahaja itu, pimpinan Pakatan Harapan terutama daripada DAP dan Amanah harus muhasabah dan berfikir di saat genting ini : berapa lama lagi akan kita membenarkan boneka bersama Dr Mahathir ini berlanjutan? Ramai rakyat Malaysia sudah penat dan menyampah dengan keadaan politik ini.

Adalah penting bagi pimpinan Pakatan Harapan menangani kekurangan mereka semasa berada di tampuk kuasa di peringkat Persekutuan, tanpa menjadi terlalu taksub dengan Mahathir. Kini, pelbagai isu sedang mempengaruhi ekonomi dan keadaan negara yang memerlukan kerjasama semua pihak bagi mencari penyelesaian yang menyeluruh.

Perkara yang sepatutnya dilakukan oleh PH adalah menawarkan kepada rakyat Malaysia adalah mempamerkan kewibawaan dan kehendak politik bagi melaksanakan reformasi bukan sekadar menjadi platform melakukan kompromi mengikut selera dan nafsu Dr Mahathir. Meletakkan Dr Mahathir di kerusi Perdana Menteri sekali lagi ataupun Shafie Apdal bukanlah satu bentuk langkah kehadapan

Justeru, saya juga bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh seorang tokoh politik Sarawak yang memberi reaksi kepada berita pencalonan Shafie Apdal – “Was Mahathir joking? I hope he was awake when he issued that statement (about Shafie), otherwise that suggestion is the joke of the century.”

Haziq Farhan, pembaca MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sokong kenyataan Haziq.
    Hapuskan politik elite dan golongan kaya di Malaysia.
    Tun M perlu didakwa di mahkamah atas segala kerosakan yang berlaku di sepanjang 22 tahun 22 bulan memerintah.

Comments are closed.