TERKINI : TAHNIAH… Malaysia Sifar Kes Tempatan dan 1 Kes Baharu Covid19 – Dr. Noor Hisham

Selepas lebih empat bulan berperang dengan pandemik Covid-19, rakyat Malaysia boleh bergembira hari ini kerana hanya satu kes positif baharu Covid-19 dicatatkan.

“Empat bulan sudah berlalu sejak kes pertama gelombang kedua Covid-19 dilaporkan di Malaysia iaitu pada 27 Februari 2020.

“KKM ingin mengucapkan syabas kepada semua pihak terutamanya masyarakat Malaysia di atas pencapaian ini.

“Penurunan kes harian juga menggambarkan kesedaran masyarakat terhadap kawalan kendiri dan tanggung jawab sosial,” katanya semasa sidang media hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Dengan izin Allah, TAHNIAH!

    Cabaran seterusnya adalah untuk mengekang sebarang penularan disaat keadaan bertambah buruk diseluruh dunia!!!

Comments are closed.