MILAN – Inter Milan telah berjaya melengkapkan proses pembelian pertahanan Maghribi, Achraf Hakimi dari Real Madrid dengan kontrak selama lima tahun.
Hakimi merupakan produk akademi Real Madrid sejak 2006 dan dipinjamkan ke Borussia Dortmund selama dua musim.
“Pihak kelab mengucapkan terima kasih kepada Achraf atas dedikasi, profesionalisme dan tingkah laku baiknya dalam tahun-tahun ini sejak menyertai akademi kami pada 2006,’ ujar Real dalam kenyataan rasmi mereka.
Selasa lalu, Hakimi telah pun memberikan ucapan selamat tinggal ke penyokong Dortmund di media sosialnya selepas mencurah bakti di kelab Bundesliga itu dengan membuat 73 penampilan dan menjaringkan 12 gol dalam tempoh dua musim di Jerman.
Inter Milan kini berada di tangga ketiga Serie A di belakang Juventus dan Lazio. – MalaysiaGazette