LONDON – Chelsea merampas kembali kedudukan di tangga keempat Liga Perdana Inggeris apabila berjaya menundukkan Watford 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi,
Leicester pula berada di tangga ketiga juga kembali meraih kemenangan dengan Jamie Vardy melepasi angka 100 gol Liga Perdana hasil kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace.
Sementara itu Arsenal menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-0 di Molineux.
Marcus Rashford, Anthony Martial, Bruno Fernandes dan Mason Greenwood, yang meledak dua kali, menyumbang kepada kemenangan lima gol pertama anak buah Ole Gunnar Solskjaer dalam aksi Liga Perdana di laman sendiri sejak tahun 2011.
Bournemouth pula semakin ketinggalan dengan kekal di tangga kedua tercorot dan masalah benteng mereka mula kelihatan selepas mereka mendahului permainan pada minit ke-16 menerusi Junior Stanislas.
Greenwood mencetus kebangkitan United dengan memanfaatkan hantaran Fernandes, sebelum Rashford menyempurnakan sepakan penalti dan Martial meledak gol kempat mereka.
Bournemouth cuba bangkit dengan jaringan penalti Josh King tetapi Greenwood meledak gol keduanya untuk memastikan kemenangan.
Chelsea bangkit daripada kekalahan 3-2 di West Ham dengan kemenangan di Stamford Bridge.
Olivier Giroud kembali memperkuat barisan depan dan membalas kepercayaan Frank Lampard dengan memecah kebuntuan sebelum penalti Willian menjadikan kedudukan 2-0 pada babak pertama.
Ross Barkley meledak gol ketiga dalam masa kecederaan untuk Chelsea kembali memintas United dengan dua mata.
Arsenal terus berharap untuk saingan Eropah musim depan dengan menamatkan deretan lapan perlawanan tanpa kalah Wolves yang melonjak anak buah Mikel Arteta ke tangga ketujuh.
Bukayo Saka membuka jaringan sebelum rehat dan Alexandre Lacazette yang masuk sebagai pemain gantian memastikan kemenangan empat minit sebelum tamat permainan. – AFP
Keputusan Liga Perdana Inggeris
Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris:-
Leicester 3 – 0 Crystal Palace
Manchester United 5 – 2 Bournemouth
Norwich 0 – 1 Brighton
Wolves 0 – 2 Arsenal
Chelsea 3 – 0 Watford
– MalaysiaGazette