Gambar hiasan.
RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membuka pendaftaran melakukan ibadah haji pada tahun ini menerusi laman sesawangnya.
Negara itu memutuskan untuk membenarkan 10,000 orang mengerjakan haji pada tahun ini berikutan penularan wabak Covid-19.
Daripada jumlah itu, 70 peratus adalah warga asing yang menetap di negara tersebut manakala baki 30 peratus diperuntukan kepada warga Arab Saudi, lapor Saudi Gazette. 

Menurut kenyataan kementerian itu, pemastautin boleh mendaftar melalui laman sesawang localhaj.haj.gov.my bermula semalam hingga Jumaat ini dan keputusan akan diketahui pada 12 Julai ini.

Tambah kenyataan itu, pemilihan pemastautin akan dilakukan secara ketat yang berlandaskan protokol pencegahan koronavirus.

Katanya, hanya mereka yang berumur antara 20 hingga 50 tahun yang tidak menghidapi sebarang penyakit kronik layak memohon.

Pemohon perlu mengisytiharkan bahawa mereka tidak menghidapi penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit berkaitan pernafasan selain mereka tidak dijangki Covid-19 ataupun menunjukkan simptom penyakit itu, jelasnya.

Pemohon juga perlu mengemukakan sijil selepas menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR).

Menurut kenyataan itu, pemohon juga perlu mengaku menerusi icon dalam laman sesawang itu bahawa mereka tidak pernah mengerjakan haji dan akan melakukan kuarantin mandatori 14 hari di rumah sebelum melakukan ibadah itu selain perlu melakukan kuarantin semalam 14 hari selepas selesai mengerjakan haji.

Mereka perlu mengubungi Kementerian Kesihatan setiap hari menerusi aplikasi mudah alih, sejajar dengan protokol yang diluluskan kementerian tersebut.

Kementerian itu menyatakan bahawa permohonan perlu dihantar secara elektronik akan dilayan sebagai penyerahan awal dan pendaftaran akhir akan ditimbang selepas kelulusan akhir setelah memastikan pemohon mememuhi semua peraturan kesihatan dan peraturan standard.

Keputusan permohonazn akan dihantar menerusi pesanan teks telefon bimbit.

Kementerian tersebut juga menyatakan bahawa kelulusan pemohonan akan dibatalkan jika terdapat ketidakpatuhan kesihatan dan peraturan.

Katanya, kementerian itu mempunyai mempunyai hak untuk membatalkan kelulusan pada bila-bila masa jika ia mendapati sebarang maklumat yang diberikan tidak tepat. – Agensi