Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Shahril Ridza Ridzuan foto FAREEZ FADZIL,

KUALA LUMPUR- Khazanah Nasional Bhd. masih menantikan pelan pemulihan daripada Malaysia Airlines Bhd. (MAS) sebelum memberikan sebarang input atau bantuan kepada syarikat penerbangan tersebut.

MAS yang sememangnya sudah mengalami kerugian sebelum semakin dihimpit masalah kewangan berikutan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan Covid-19 di peringkat domestik dan antarabangsa.

Menurut Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, pemilik tunggal MAS, menyerahkan kuasa untuk merangka pelan pemulihannya kepada syarikat penerbangan tersebut.

“MAS sedang bekerja keras untuk menyiapkan pelan pemulihan mereka.

“Kami masih lagi menanti apakah yang dirancang oleh syarikat itu dan kemudiannya Khazanah akan memberikan input serta melihat apa bantuan yang boleh kami tawarkan mengikut pelan tersebut.

“Ianya akan mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan,” katanya kepada pemberita semasa Invest Malaysia 2020 hari ini.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast