Franck Ribery

ROME – Pemain Fiorentina, Franck Ribery tidak bernasib baik apabila kediamannya di pecah masuk perompak.

Ribery memuat naik gambar insiden yang berlaku di Twitter selepas beliau pulang ke rumahnya Florence.

“Saya pulang ke rumah di Itali di mana saya mengambil keputusan untuk meneruskan karier selepas tahun yang gemilang di Bayern Munich, dan ini apa yang saya hadapi,” kata pemain 37 tahun itu di laman sosialnya itu.

Ribery mendakwa isterinya kehilangan barang kemas dan beg tangan, tetapi kesan paling utama adalah terkejut, perasan seperti ditelanjangkan dan sukar menerima kejadian itu.

Dia turut merasakan apa yang berlaku ke atas dirinya itu sebagai sesuatu yang mampu mengancam nyawa dan keluarganya.

“Nasib baik isteri dan anak-anak saya berada di Munich tetapi bagaimana anda boleh rasa selamat jika seperti ini.

“Bagaimana saya boleh rasa tenang selepas ini. Saya bukan kejar jutaan ringgit… tetapi saya hanya mengejar bola kerana itu minat saya.

“Namun keluarga lebih penting daripada minat saya dan kami akan mengambil keputusan sewajar,” katanya.