Bekas bintang bola sepak Perak, Muhamad Khalid Jamlus diiringi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada sidang media mengenai isu bekas bintang bola sepak Perak di Menara KBS, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 08 JULAI 2020.

PUTRAJAYA – Bekas legenda bola sepak Perak, Muhamad Khalid Jamlus bertegas akan meneruskan lelongan kasut emas yang telah dimenanginya pada Liga Perdana Malaysia tahun 2002.

Bekas penyerang sensasi kebangsaan itu juga berkata, dia tidak berganjak dari keputusan menjual barang dan pingat yang mempunyai nilai sentimen sepanjang kariernya walaupun kini menerima jaminan sinar baharu dalam melangsungkan kehidupan.

Beliau yang kini menanggung keperluan kos harian keluarga khususnya ibu bapanya terpaksa meneruskan hasrat untuk menjual kasut emas tersebut yang dibida pada harga permulaan RM10,500 dalam Live Facebook Jumaat lalu.

“Pertemuan tadi adalah perbincangan yang Insyallah ada sinar untuk saya di masa akan datang. Apa yang saya dapat lihat situ YB (Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal) suarakan idea bagaimana nak saya teruskan kehidupan seterusnya.

“YB memberi peluang baik untuk masa depan, itu yang saya rasa sekarang the best untuk saya berbanding apa yang saya miliki sekarang. Saya terharu.

“Ya, memang peluang (karier baharu) dalam bola sepak tapi apapun kita tunggu pengumuman dari timbalan menteri sendiri, saya tak nak cakap atau dedahkan apa apa sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas selepas pertemuan ringkas bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad  di kementerian tengahari tadi.

Tambah Muhammad Khalid lagi, beliau sememangnya menanti-nantikan karier baharu itu namun tidak bersedia untuk memperincikannya kepada media ketika diasak dengan soalan.

“Saya nanti-nantikan peluang itu, biar YB (Wan Ahmad Fayhsal) umumkan..takkan saya nak akhirnya semua bakat dan pengalaman bola sepak dalam kubur tanpa curahkan kepada generasi bakat muda sekarang,”ujarnya lagi.

Ditanya mengenai agenda menjual kasut emas beliau untuk mengharungi kekangan kehiudpan semasa yang sedang dilalui beliau, Muhamad Khalid berkata, kasutnya yang bermula dengan bidaan RM10,500 Jumaat lalu sudah berjaya mendapat bidaan lebih RM40,000 hingga RM50,000.

Ujarnya bidaan itu masing-masing daripada pembidaa di Pantai Timur dan Sabah.

“Saya dapat bidaan dari Sabah dan Pantai Timur, dua orang pembida. sekarang saya tunggu seminggu ini kalau ada bidaan dari orang Perak nak buka muzium dan letakkan barang-barang ‘legend’ bola sepak (dengan bidaan harga tinggi) saya akan serahkan..bayangkan nilai sentimennya sudah 18 tahun sejak 2002 bersiang dengan pemain import gred A untuk merangkul segala pingat dan anugerah itu.

‘Kalau tidak saya akan serahkan (jual kasut emas) kepada pembida tertinggi yang berjaya dari Sabah

“Saya terpaksa teruskan jualan kasut itu sebab waktu ini tidak ada siapa yang sanggup bantu saya.. lagipun saya tidak salahkan sesiapa dalam perkara ini,” tegasnya.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal menegaskan dia antara peminat tegar Khalid Jalmus dan terpanggil selepas mengikuti perkembangan terbaharu kehidupan legenda Perak itu dalam media sosial sejak Jumaat lalu.

“Pertemuan tadi dengan Muhamad Khalid adalahs ecara peribadi saya sebagai peminat tegar beliau semasa erak kemuncak dalam bola sepak sekitar tahun 2000 dan komitmen Menteri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membela kebajikan atlet amat tinggi.

“Kita memang akan pastikan kerjsama wujud dalam menjamin kebajikan pemain dan atlet serta bekas pemain negara dan nasib kelangsungan hidup Khalid Jamlus akan dibela…ada sinar baharu untuknya selepas ini,” tegasnya.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ronaldinho pun boleh bangkrap, akibat tiada bimbingan selepas persaraan. Diharap semua badan-badan sukan dapat membantu para atlet selepas persaraan, kerana kebanyakn atlet bersara di usia belia bawah 40an, beri mereka bimbingan kemahiran bagi kelangsungan hidup.

Comments are closed.