KUALA LUMPUR – Kenyataan Datuk Dr Abd. Latiff Ahmad bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku adalah satu tuduhan yang cukup berat dan tidak bertanggungjawab.
Justeru, Pemuda UMNO Sabah menuntut agar Abd Latiff memohon maaf daripada semua ahli-ahli UMNO seluruh negara dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.
Ataupun Abd Latiff letak jawatan sekiranya ada masalah dengan UMNO yang mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini, kata Ketua Pemuda UMNO Sabah.
Ir. Abdul Aziz Julkarnain menambah, Pemuda UMNO Sabah tidak akan teragak-agak untuk mendesak Perdana Menteri agar menukarkannya dengan Menteri yang lebih peka dan bertanggungjawab.
”Saya tidak dapat menggarap niat dan maksud sebenar disebalik kenyataannya untuk memburuk-burukkan UMNO terutamanya ketika kerajaan PN amat bergantung terhadap sokongan daripada semua parti termasuklah UMNO yang mempunyai ahli parlimen yang terbanyak dalam koalisi kerajaan yang baharu ini.
“Dengan majoriti nipis yang dinikmati kerajaan PN pada hari ini, beliau perlu sedar tentang keperluan untuk memperkukuhkan koalisi dalam PN adalah satu keutamaan yang paling utama.
”Dengan membuat tuduhan-tuduhan yang tidak baik dan menyinggung perasaan rakan-rakan koalisi, terutamanya UMNO, ianya tidak akan membantu malah sudah tentu akan membantutkan usaha-usaha memperkukuhkan kerajaan PN,” tegasnya.
Katanya, bagi menjawab persoalan ‘siapa laku dan siapa tidak laku’, Abd Latiff boleh melihat rekod-rekod pilihan raya yang berlaku di negara ini sebagai rujukan. – MalaysiaGazette
bubar je parlimen biar PPBM kerjasama dgn GERAKAN kita tgk sejauh mana depa boleh pergi…
Latip jangan biadab dan mulut bau bangkai.
Kahkahkah umno x tau malu
haramjadah nie mmg xbersyukur,
perangai haramjadah nie sama la dgn si tua gila kuasa dan semua haramjadah2 yg melompat utk menyamun,
sanggup jadikan pihak lain sasaran semata2 utk menutup perangai buruk sendiri yg lebih teruk drpd IBLIS,
Mohon UMNO jgn bekerjasama dgn haramjadah2 nie semua diPRU15,
itu pun jika UMNO masih BERMARUAH!!