Prof Dr. Awang Sariyan

KUALA LUMPUR – Usaha Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama mengisytiharkan hari Jumaat sebagai Hari Jawi mendapat sokongan penuh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Ini kerana, DBP menganggap langkah diambil kerajaan itu akan memberi ruang meletakkan martabat tulisan Jawi pada tempat yang betul.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, sebelum rumi menjadi tulisan rasmi bahasa kebangsaan, tulisan Jawi yang berusia lebih 1,000 tahun telah terlebih dahulu menjadi tulisan bahasa Melayu.

Kata beliau, di zaman Kesultanan Melayu dahulu, Jawi menjadi tulisan bagi semua bidang, seperti agama, undang-undang, ketatanegaraan, sejarah, perubatan, persenjataan, hikayat dan susastera (prosa dan puisi), malah dalam bidang diplomasi.

“Surat dan perjanjian antara kerajaan di Alam Melayu dengan kuasa asing seperti Belanda, Portugal, Sepanyol dan Inggeris turut ditulis dengan tulisan Jawi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengisytiharkan Jumaat hari ini sebagai Hari Jawi.

Keputusan yang mendapat persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu itu turut menzahirkan iltizam untuk menggunakan tulisan Jawo pada kepala surat rasmi jabatan itu, termasuk agensi dan media rasminya.

Kata Dr. Zulkifli, langkah itu diambil sebagai usaha kerajaan mengekalkan dan memperkasakan sebahagian tradisi serta kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga ke hari ini.

Mengulas lanjut, Prof. Dr. Awang berkata, tulisan Jawi dan bahasa Melayu diterima oleh semua bangsa, hatta ketika penjajahan Inggeris lagi.

Katanya, tidak ada asas untuk mana-mana pihak yang mewakili kaum tertentu menolak usaha mengembangkan tulisan Jawi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Walaupun hanya menyokong. Baru la nampak sedikit pembaharuan, kemajuan dibawah pengurusan DBP sekarang!

    Nama2 tepat, taman2, taman2 perumahan, nama2 durian dan segala macam bende disini perlulah menggunakan nama2 tempatan, yang asal.

    Bahasa Melayu, tulisan jawi perlu ditempatkan ditempat yang sepatutnya selari dengan perlembagaan negara.

Comments are closed.