‘Mereka nak label saya labellah apa pun, dah label macam-macam dah pada saya’.
Itu kata bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung kenyataan veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang menggelarkan dirinya dan Ahli Parlimen yang bersamanya sebagai ‘Kumpulan G10’.
Azmin turut berkata beliau langsung tidak terkesan dengan sebarang gelaran kepada beliau. “Tak terkesan pun. Yang penting, kesedaran kita jelas, mengapa kita berada di sini. Itu penting.