Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap dengan media selepas hadir ke taklimat Ahli Parlimen sempena Pra Persidangan Parlimen di Saujana Hotel, Shah Alam. foto MOHD ADZLAN, 12 JULAI 2020.

SUBANG – Pengerusi Pakatan Hadapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pasukan Tun Dr Mahathir Mohamad akan tetap menyokong pembangkang menolak usul menyingkirkan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada persidangan esok.

Anwar berkata, biarpun pasukan yang menyokong Dr. Mahathir dan Parti Warisan sudah tidak bersama PH, namun Ahli Parlimen Port Dickson itu percaya bekas Perdana Menteri itu akan tetap menyokong penolakan usul itu.

“Ada mesyuarat oleh wakil kita bersama Warisan dan pihak yang menyokong Mahathir dan isu ini dibincangkan dan mereka akan sokongan pembangkang tentang isu ini.

“Ini adalah majlis Pakatan Harapan dan mereka sudah tidak lagi bersama PH dan kerjasama akrab dengan PH,” katanya selepas menghadiri taklimat Ahli Parlimen sempena Pra Persidangan Parlimen di Saujana Hotel, hari ini.

Dr. Mahathir Mohamad dan pasukannya yang kini bebas tidak hadir dalam majlis Pra Persidangan Parlimen yang diadakan hari ini.

Ia ekoran enam anggota parlimen Bersatu yang setia kepada Dr. Mahathir mengumumkan bahawa mereka akan kekal bersama Warisan sebagai blok bebas.

Mereka juga memaklumkan bahawa tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan yang diketuai Anwar mahupun bersama Perikatan Nasional yang diterajui oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Ditanya samada beliau dan Dr. Mahathir dapat mencari jalan damai bagi memastikan pembangkang bersatu, Anwar berkata, sekiranya ada jalan persetujuan, ia pasti akan dapat direalisasikan.

Ini kerana tidak ada perkara bersifat peribadi antara kedua-dua mereka, tambah beliau.

“Sesiapa sahaja, termasuk Tun Dr Mahathir, jika kita dapat bersetuju, maka kita akan meneruskannya, dan tidak ada masalah. Tiada perkara peribadi di sini,” katanya.

Aturan mesyuarat Dewan Rakyat esok antaranya akan membentangkan usul Muhyiddin untuk menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Nga Kor Ming sebagai speaker dan timbalan speaker.

Kedua-dua jawatan itu dilantik ketika pemerintahan PH. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Walaupun tak hadir mahathir tetap bersama ph? Macam2 orang kalau nak guna strategy menipu, tak ada prinsip lansung atok madey ni.

  2. This Anwar guy is forever a liars. He has wasted a lot of his time and life aiming for the PM’s chair. After all it is just a chair. I can get him a better and most expansive chair if he wants. Anwar, please don’t disturb the present government. Everything is running smoothly. The people are happy and looking forward for the economic growth in the country. Anwar, please think about the suffering of the people and not of your fame and glory. Please don’t tell lies, I am afraid that you last word before the angel comes wll also be a lie. Cepat, cepatlah insaf, sebelum terlambat. Jangan ikut gelagat politik orang non-Muslim, kerana orang Islam harus bercakap benar dan berdiri mempertahankan kebenaran dan keadilan. Jangan gadai maruah, diri, keluarga, bangsa, agama dan negara. Kembalilah kepada slogan mu di suatu masa dahulu iaitu “Insan Rabbani” dan “Manhaj Islam” dan “Mendahulukan Kepentingan Umum daripada Kepentingan Peribadi”, blah, blah, blah……..

Comments are closed.