KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Rakyat yang tidak menjaga bahasa dan kelakuan ketika persidangan perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dan dalam masa sama perlu memberi penjelasan mengapa mereka tidak boleh dikenakan denda atas perilaku masing-masing.
Selain itu, Ahli Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim menambah, Dewan Rakyat juga perlu mewujudkan Tatacara Piagam Kelakuan Baik untuk semua Ahli Parlimen ketika bersidang.
Beliau menerusi akaun Twitter menegur sikap segelintir Ahli Dewan Rakyat yang gagal mengawal emosi ketika bersidang sehingga menggunakan kata-kata kesat sesama sendiri ketika bersidang.
“Adik-adik Ahli Parlimen Dewan Rakyat jangan marah kalau saya syorkan agar kita kawal emosi dan hamburan bahasa kesat dan kasar semasa bangun berucap atau mencelah. Kita orang Melayu tak harus hilang budi bahasa. Jangan tampak masyarakat lain pula yang lebih mengamalkan budi bahasa. Maaf dulu atas teguran ini.
“Tingkah laku buruk dan bahasa tak sopan beberapa orang Ahli Parlimen yang ditularkan setakat ini mesti menemui tindakan tegas JawatanKuasa Hak Dewan Rakyat (Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen). Tunjuk sebab kenapa mereka tak boleh didenda salah laku. Adakan Tatacara Piagam Kelakuan Baik. Badan Tertinggi mesti cerminkan kelakuan terbaik,” tulisnya.
Sejak persidangan Dewan Rakyat bermula pada Isnin yang lalu, Dewan Rakyat menjadi tumpuan masyarakat kerana dilihat suasana hangat apabila segelintir anggota Parlimen dari pihak pembangkang dan kerajaan sering bertikam lidah antara satu sama lain.
Persidangan Dewan Rakyat penggal ketiga kali ini akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos 2020.-MalaysiaGazette
Mohon mendapat pandangan Tan Sri – elokkah jika digerakkan satu NGO utk membuat penilaian terhadap MP yang sering membuat bising & menggangu kelancaran perjalanan persidangan parlimen. Buat laporan harian kpd Speaker dan edarkan kpd setiap media sosial…..agar dapat didedahkan kpd rakyat/pengundi akan akhlak dan perangai pemimpin mereka yg dipanggil “Yang Berhormat”.
Rakyat teramai yg punyai pengetahuan dlm bidang undang2, peraturan2 di parlimen – elok mengerakkan NGO ini.
Isu ini bukan baru….. Zaman BN, Zaman OH dan kini Zaman PN – sama saja malah dilakukan oleh mereka yg hampir sama.
Mereka dipilih oleh rakyat dan dibayar elaun utk memperjuangkan kebenaran dan membantu rakyat – menaiktaraf kehidupan, pasarana, kerharmonian dll….demi rakyat dan negara yg tercinta. Bukannya untuk terjerit2, memaki hamun, mengeluarkan kata2 unparliamentary kpd ahli2 parlimen yg lain.
Jika kita tidak sama2 betulkan sekarang, bila lagi?……
Mohon mendapat nasihat dan pandangan Tan Sri yg begitu arif dlm bidang undang3 dan peraturan2 parlimen.