Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dalam kotak air mineral di persimpangan Jalan Kabus-Jalan Bintang, Ampang semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi perempuan itu daripada orang awam pada pukul 7 pagi.
“Tiada sebarang dokumen atau barangan milik bayi ditemui dan bayi tersebut dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan.