KUALA LUMPUR – Suami kepada  YouTuber Pavithra direman tiga hari kerana disyaki memiliki senjata berbahaya dalam kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, kelmarin (Isnin).

Perintah reman ke atas lelaki yang dikenali sebaga Sugu itu dikeluarkan oleh Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan berkenaan berkaitan satu majlis di Ipoh, Isnin lalu.

Perselisihan berlanjutan sehingga suspek datang ke hospital dan dalam keadaan marah telah memukul isterinya di pekarangan hospital berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan siasatan awal mendapati kes berpunca daripada perselisihan faham ahli keluarga.

Menurut sumber, pertengkaran itu juga dikaitkan dengan Pavithra akan menerima pengiktirafan sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempena sambutan Hari Bandaraya Ipoh. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.