Donald Trump. foto AP

WASHINGTON -Presiden Donald Trump mahu semua negeri-negeri membuka sesi persekolahan semasa musim luruh kecuali di negeri yang menjadi hotspot koronavirus.

”Sekolah perlu dibuka,” katanya.

Tambah beliau, terpulang kepada gabenor-gabenor yang negerinya terjejas teruk untuk memutuskan pembukaan sekolah.

Tetapi setiap keputusan berdasarkan data.

Semua sekolah di Amerika Syarikat (AS) ditutup selepas penularan wabak koronavirus namun Trump mahu mencari jalan untuk membukanya kembali.

Dengan sekolah akan beroperasi kembali dalam beberapa minggu ini, pihak berkuasa tempatan di seluruh negara telah mengumumkan berbagai perancangan termasuk pembelajaran dan pengajaran jarak jauh.

Walaupun risiko Covid-19 yang teruk dilihat agak rendah untuk kanak-kanak, terdapat kebimbangan mereka boleh menjangkiti guru dan pentadbir sekolah yang berusia.

Walaupun terdapat tekanan Trump, hanya satu dari empat orang Amerika yang menganggap selamat untuk sekolah awam dibuka semula pada musim luruh ini ketika kes koronavirus AS terus meningkat.

Empat daripada 10 ibu bapa mengatakan mereka kemungkinan akan menjaga anak-anak mereka di rumah jika kelas disambung semula, menurut tinjauan Reuters.

Lebih daripada 142,000 orang meningkat dunia di AS dalam tempoh lima bulan dan kematian mereka terus meningkat di 23 buah negari.

Trump, dari Republikan yang bertanding semula dalam pemilihan Presiden pada bulan November ini, mendakwa Demokrat mahu menutup sekolah kerana alasan politik dan mengancam akan memotong dana persekutuan ke sekolah-sekolah yang tidak dibuka semula.

Beliau juga menyifatkan penutupan sekolah California sebagai ‘keputusan yang mengerikan’;

Katanya, pentadbirannya sedang mendesak Kongres untuk memberikan dana sejumlah AS $105 bilion kepada sekolah-sekolah sebagai sebahagian daripada bantuan koronavirus, yang kini masih dirundingkan.

“Sekiranya sekolah tidak dibuka semula, dana tersebut harus diberikan kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah awam, swasta, agama atau sekolah pilihan mereka,” kata Trump. – MalaysiaGazette