Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersama peguammnya yang juga Ahli Parlimen Jelutong, R. Sanisvara Nethaji Rayer keluar dari bu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya selepas memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan mengenai kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. foto AFFAN FAUZI, 25 JULAI 2020

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akhirnya keluar meninggalkan ibu pejabat Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi keterangan selama hampir 8 jam.

Beliau dipercayai mula beri keterangan kira-kira pada pukul 1 tengah hari dan akan menyambung keterangannya esok pada pukul 11 pagi.

Guan Eng yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan kelihatan letih dan enggan bercakap dengan wartawan yang menanti di ibu pejabat SPRM sejak puluk 8 pagi.

Walaupun diasak berkali-kali, beliau dengan wajah muram terus menuju ke keretanya.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersama peguammnya yang juga Ahli Parlimen Jelutong, R. Sanisvara Nethaji Rayer keluar dari bu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya selepas memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan mengenai kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. foto AFFAN FAUZI, 25 JULAI 2020

Ahli Parlimen Bagan (DAP) dan Setiausaha Agung DAP itu dipanggil sebagai saksi dalam kes projek terowong dasar laut kerajaan Pulau Pinang yang telah menimbulkan banyak persoalan.

MalaysiaGazette difahamkan terdapatnya ‘bukti’ baharu berhubung kes terowong bawah tanah itu namun tidak dapat dipastikan lagi kesahihan perkara itu.

Guan Eng yang sepatutnya hadir memberikan keterangan pada pukul 10 pagi muncul pada pukul 12.40 tengah hari berikutan tayar kenderaan yang beliau naiki pancit ketika dalam perjalanan ke Putrajaya dari Pulau Pinang.

Beliau yang tiba bersama peguamnya, RSN Rayer tidak mempedulikan media dan terus menuju ke lobi sejurus tiba di ibu pejabat SPRM,

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan beberapa EXCO dan bekas EXCO kerajaan Pulau Pinang turut memberi keterangan kepada suruhanjaya itu berhubung projek mega berkenaan yang membabitkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.

Sehingga kini, SPRM sudah menahan seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan tiga syarikat diserbu kerana dipercayai ada kaitan dengan projek berkenaan.

Kes itu disiasat oleh SPRM sejak 2017. – MalaysiaGazette

Tayar kenderaan Guan Eng pancit, lambat beri kenyataan kepada SPRM

3 Komen

  1. Kwang.. kwang.. modar la lu Joseph Lim Guan Eng….RM6.3 Billion. Ambik MC lahh…Tayar pancit lahh..macam2!!!

  2. Habis lh ko puak2 dap komimunis, sdp ckp DSN rasuah..kpala rasuah sbnar adlh puak2 dap hanat ni…kena atas batang hdung sendiri baru tahu…klu dasar cina dap, mmg tak bolh pcaya.

Comments are closed.