Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berucap pada Majlis Perasmian Perpustakaan Komuniti Pei You di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Salak Selatan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 26 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin hanya memberikan tumpuan terhadap pencapaian kerajaan dalam membela nasib rakyat berbanding mengambil tahu urusan dalaman politik parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ketika ditanya wartawan mengenai pandangannya berhubung kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa UMNO boleh mengubah semula keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin jika beliau berhasrat menyertai UMNO semula, Zuraida berkata, beliau tidak mahu mengambil tahu tentang perkara itu.

“Saya tidak mahu ambil tahu tentang politik dalaman parti UMNO. Tapi saya concern (prihatin) dengan prestasi kerajaan Perikatan Nasional.

“Jadi saya akan fokus untuk prestasi dan performance (prestasi) kerajaan PN,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Zuraida diminta memberikan responnya berhubung kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa semalam apabila melahirkan kehairanan berhubung isu perlembagaan UMNO yang dikatakan boleh dipinda bagi membolehkan Muhyiddin menyertai semula parti itu.

Zuraida merupakan salah seorang menteri Kabinet kerajaan PN dibawah pimpinan Muhyiddin.

Umum mengetahui bahawa kerajaan PN dibentuk melalui sokongan majoriti yang kecil.

PN berdepan dengan pelbagai tindak-tanduk Pakatan Harapan (PH) yang berusaha mengambil alih semula tampuk pimpinan negara. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

UMNO boleh ubah keputusan pecat Muhyiddin – Tok Mat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast