KUALA LUMPUR – Padang di Dataran Merdeka akan ditutup sepenuhnya selama lima bulan mulai 1 Ogos hingga 31 Disember bagi kerja-kerja penyelenggaraan.
Penutupan tersebut bagi membolehkan kerja-kerja penggantian rumput dijalankan di padang berkenaan, kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Katanya, oleh itu semua aktiviti padang di Dataran Merdeka ditutup untuk sementara waktu. – MalaysiaGazette