TERKINI : CUEPACS Gesa Kerajaan Tangguh Pelaksanaan e-lelong

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan e-lelong yang dikuatkuasakan di seluruh negara sejak 1 Januari 2020.

Presidennya, Adnan Mat berkata, ia bagi membolehkan 2,300 pelelong individu kembali mendapat semula pendapatan mereka yang terjejas akibat sistem e-lelong yang menguntungkan pihak tertentu sahaja.