NEW YORK – Emas melonjak ke paras tertinggi kepada AS$ 1,975 pada hari Selasa sementara dolar Amerika Syarikat merosot terendah dua tahun berikutan kebimbangan gelombang kedua koronavirus yang mula menular semula di China dan Eropah.

Kenaikan kes jangkitan Covid-19 ini dikhuatiri akan mencetuskan kelembapan ekonomi dunia.

Harga emas naik hampir 30% setakat ini pada tahun ini.

Semalam, niaga hadapan emas mencecah rekod tertinggi AS$1,931 bagi setiap auns.

Kebanyakan penganalisis meramalkan harga emas boleh mencecah AS$2,000 pada bulan September ini.

Harga emas meningkat apabila ekonomi tidak menentu kerana ia adalah komoditi ‘paling selamat’ bagi melindungi nilai terhadap kejatuhan dolar dan ketidakstabilan di pasaran kewangan, kata Lindsey Bell, Ketua Strategi Pelaburan Ally Invest.

Dan selagi pelabur masih tidak yakin dengan keadaan pasaran, mereka akan terus melabur dalam emas, katanya. – MalaysiaGazette