Jet pejuang Rusia, SU-27.foto Agensi

MOSCOW – Kementerian pertahanan Rusia menghantar pesawat tempur Su-27 untuk memintas pesawat perisik milik Amerika Syarikat (AS) di Laut Hitam yang menghampiri sempadan Rusia.

Pesawat AS yang dikenali sebagai P-8 Poseidon, kemudian telah berubah arah untuk terbang jauh dari sempadan Rusia, tambah kementerian itu.

Kementerian itu berkata, pihaknya tidak memberi kebenaran kepada pesawat berkenaan.

SU-27 adalah pesawat pejuang enjin berkembar.

Jet itu mampu melakukan perjalanan pada dua kali kelajuan suara dan mencapai hingga 1,553mph (2,500kph).

IA ini dilengkapi dengan sistem pencarian dan jejak inframerah yang canggih dengan kemampuan untuk segera mengesan hingga sepuluh sasaran dalam radius 100km. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.