Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Semua pihak digesa supaya meletakkan kepercayaan terhadap sistem perundangan serta kehakiman negara sebagai institusi yang bebas dan berkecuali.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mengambil maklum terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang mensabitkan Datuk Seri Najib Razak bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan melibatkan dan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

“Saya memahami perasaan dan sentimen rakan-rakan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.

“Namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional akan sentiasa menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan menghormati hak Najib untuk merayu atas hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.

Beliau turut meminta semua pihak memberi ruang kepada proses undang-undang memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa terhadap Najib.

Bekas perdana menteri itu didapati bersalah atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bagi kesalahan pecah amanah pula, penjara 10 tahun setiap satu tuduhan.

Semua hukuman penjara berjalan serentak dan jika tidak membayar denda, Najib perlu jalani hukuman penjara lima tahun. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Tidak ada masalah dgn sistem kehakiman tetapi yg bermasalah ialah institusi Peguam Negara..AG bukan bebas sebaliknya kakitangan kerajaan yg memerintah. AG mempunyai kuasa tanpa had. Yg rakyat ragukan ialah pendakwaan AG yg terpilih. Mengapa sehingga sekarang Peguam Negara gagal bertindak ke atas kes Mahathir dan Shafie Afdal? Malah menutup kes Mahathir walaupun RCI memutuskan ada salah laku yg perlu disiasat oleh polis…

  2. Mana ada adilnya pengadilan manusia? Law yang di buat oeh nafsu nafsi manusia? Siapa d belakang mereka yang menjatuhkan hukuman? LTTE jadi suci, kes seorang menteri dalam prosiding pun lepas, ada lagi bekas pm yang meragukan pun tak siapa berani dakwa.. its all abt pengaruh, suka dan sokong siapa, mengenang budi atau tidak !! Dan mulut serta lidah terus memfitnah dan menuding! Semua kes melibatkan jutaan ringgit yg kalau org kampung seperti saya tak pun rupanya camne! Belum masa herot lagi mulut2 mereka, mungkin Tuhan beri masa bertaubat kut..

  3. Ada yang percaya Jolo telah memainkan peranannya? Jolo pula tidak pernah dipanggil!

    Adakah perkara ini juga dijadikan asas dalam menjatuhkan hukum 72 tahun penjara?

    Pelik bin ajaib, percaya2 boleh dijadikan bahan bukti?

  4. Hampa sembang kemaih. Cuba letak hampa 3 org kat tempat dia. Hampa senang2 ka bleh p arah dakwa semua orang yang hampa sebut tu? Dia pun manusia, hakim pun manusia, kita semua ada kurang lebih. Jika dia kata dia serahkan kebebasan kepada penguatkuasa dan sistem kehakiman, anggap ja dia dah lakukan tugas dia termampu dia. Daripada buang masa p cari salah org yang belum tentu betul/salah, baik dia pikir pasal kebajikan rakyat marhaen. kerja2 dakwa, membukti dan menghukum dah ada org dibagi amanah. Pandailah depa uruskan. Semua nak salahkan PM, jenuh la.

  5. Lain kali TAK USAHlah ambil doktor pakar mata untuk membuat kerja2 pembedahan jantung! Atau ambil pakar doktor bedah otak untuk kerja2 doktor sakit puan nak beranak!

    TAK USAHlah ambil civil engineer untuk kerja2 mechanical engineer! Atau instrument engineer untuk kerja drilling engineer!

    Ianya bukan sahaja PELIK tetapi AMAT GANJIL!

Comments are closed.