WALLAHI… SUMPAH!!! Saya Tak Tahu – NAJIB | EDISI MG 28 Julai 2020

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukumannya yang disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pada Isnin ini. Untuk kesalahan CBT pula, penjara 10 tahun setiap satu tuduhan.