Tan Sri Musa Aman
Tan Sri Musa Aman

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dijadual mengadakan sidang media di kediamannya di Luyang, di sini, tengah hari ini.

Bagaimanapun, jemputan sidang media yang diedarkan kepada pengamal media melalui aplikasi WhatsApp, tidak menyatakan tujuan sidang media pada jam 12 tengah hari itu, namun berkemungkinan berkaitan perkembangan politik semasa di Sabah.

Semalam, Musa dalam sidang media di kediamannya, mendakwa telah memperoleh majoriti mudah hasil kerjasama pelbagai parti untuk membentuk kerajaan baharu.

Pagi tadi, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menemui Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 8.25 pagi.

Ketika ini, Mohd Shafie sedang mengadakan perjumpaan tertutup dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen blok kerajaan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini dan akan disusuli dengan sidang media kemudian.- BERNAMA