Ismail Sabri Yaakob government corruption MACC
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Seramai 11 individu yang baharu sahaja pulang dari luar negara telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri melalui kenyataan sebentar tadi, angka itu merupakan jumlah daripada individu yang telah pulang melalui pintu sempadan antarabangsa.

Kata beliau, sejak 24 Julai sehingga semalam, seramai 2,800 yang telah pulang ke tanah air telah ditempatkan di 11 buah hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor dan Johor.

“Kesemua individu yang pulang ini termasuklah dari 23 buah negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja , Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki.

“Juga dari Korea Selatan, Iran, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdo, Belanda dan Australia.

“Seramai 11 orang telah dihantar ke hospital untuk rawatan pada masa ini,” katanya.

Sejak 24 Julai lepas, kerajaan telah memutuskan supaya semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warganegara asing yang dibenarkan masuk ke Malaysia menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari

Kuarantin ini pula yang telah di tetapkan oleh kerajaan.

Dalam pada itu,  kata Ismail Sabri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 1,942 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib selama 14 hari semalam.

“PDRM bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa buat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu bagi memastikan SOP dipatuhi setiap masa,” ujarnya. –MalaysiaGazette