KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada RM1.68 dan RM1.98 seliter, sementara harga runcit diesel meningkat satu sen kepada RM1.83 seliter,  untuk tempoh seminggu mulai, tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penetapan harga runcit petrol secara mingguan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

— BERNAMA

1 Komen

  1. Wahai kerajaan ku..
    Sedar tak kenaikan diesel akan menyebabkan kenaikan harga brg2..takkan la nak bg rakyat diam hanya naikan harga diesel walhal diesel ni kurang kegunaannye berbanding petrol..hanya kenderaan pengakutan terutama lori2 yg byk menggunakan nye..jadi bila kos merely naik automatiknye kos penghantaran akan naik dan seterusnye kenaikan harga brg2 kegunaan harian..

Comments are closed.