Pesawat Air India Express dari Dubai melintasi landasan di lapangan terbang Kozhikode dan turun 35 kaki ke lereng sebelum terpecah menjadi dua bahagian. Foto: Twitter

NEW DELHI – Pesawat Air India Express yang tersasar daripada landasan mendarat pada jarak yang terlalu jauh di landasan, kata ketua pengawal selia penerbangan India ketika sisasatan sedang berlangsung.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Arun Kumar memberitahu rangkaian berita CNN-18 seperti dipetik Bloomberg bahawa pesawat tersebut mendarat kira-kira 3,000 kaki pada landasan sepanjang 9,000 kaki, menyebabkan ia melepasi kawasan selamat sepanjang 240 meter (787 kaki) pada kelajuan tinggi dan tersasar di kawasan lembah.

“Kelihatan seperti ‘Kumar berkata apabila ditanya rangkaian televisyen jika insiden tersebut kelihatan berlaku akibat penilaian yang salah. Mereka sepatutnya mendarat sebelum 1,000 kaki (dari hujung landasan) tetapi mereka mendarat pada jarak lebih 3,000 kaki, jarak yang tepat akan diketahui daripada perakam data penerbangan,”.

Kemalangan tersebut – bilangan paling ramai mati dalam insiden penerbangan India untuk tempoh sedekad – belaku di landasan yang dibina di atas bukit.

Sekurang-kurangnya dua cadangan untuk memasang sistem keselamatan tidak diendahkan pihak berkuasa India pada masa lalu.

Pesawat Boeing, B737 dari Dubai dengan kod penerbangan 1344 tersasar landaan selepas mendarat dengan ekornya berkecai pada insiden pukul 7.41 petang waktu tempatan Jumaat lalu, menyaksikan 18 orang terbunuh manakala lebih 100 penumpang cedera.

Kawasan tersebut – Kozhikode yang terletak di selatan negeri Kerala – menerima hujan lebat.

Juruterbangnya cuba untuk medaratkan pesawat daripada satu hujung landasan kemudian memohon untuk mencubanya pada hujung landasan yang lain.

“Pada pukul 7.37 petang mereka diberi kebenaran untuk mendarat daripada hujung landasan yang lain,” kata Kumar.

“Malangnya mereka tidak mendarat tetapi mereka mungkin tidak mendarat seperti yang sepatutnya,”.

Kepala pesawat musnah dan kebanyakan kematian dilaporkan dari bahagian hadapan pesawat termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang, kata Kumar.

Pasukan penyiasat tiba di kawasan kemalangan pada pukul 5 pagi Sabtu dan kotak hitam ditemui pada sebelah petang.

“Mereka telah menemui perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit.

“Oleh itu mereka perlu menkaji perbualan antara juraterbang dan pembantu juruterbang untuk memastikan apa yang berlaku dalam pesawat pada 10 minit terakhir,” kata Kumar.