KUALA LUMPUR – Aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 20222 dan Piala Asia China 2023 yang ditetapkan berlangsung pada Oktober dan November ini dijadualkan semula pada tahun depan.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asian (AFC) membuat keputusan itu secara bersama dalam satu mesyuarat yang diadakan di ibu negara.

AFC dalam kenyataan terbaharu yang dikeluarkan di ibu negara hari ini berkata, keputusan itu dicapai selepas mengambil kira situasi semasa penularan Covid-19 di beberapa buah negara di serata dunia.

Dengan misi melindungi keselamatan dan kesihatan semua peserta, FIFA dan AFC akan terus bekerjasama memantau secara rapat situasi di rantau ini.

Langkah itu adalah untuk membolehkan tarikh baharu untuk kedua-dua temasya berkenaan dapat ditetapkan.

Maklumat lanjut berkenaan penetapan tarikh baharu aksi kelayakan Qatar 2022 dan Piala Asian China 2023 akan dimaklumkan dalam masa terdekat.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast