Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap pada Majlis Memperkenalkan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 58 Slim di Slim Permata, Slim, Perak. foto AFFAN FAUZI, 12 OGOS 2020.

SLIM RIVER – Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap sisa-sisa hidupnya yang kini sudah berusia 95 tahun adalah untuk membantu bangsa dan negara.

Bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu juga sedar pada umur sedemikian, beliau sepatutnya sudah bersara.

Namun jelas bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, beliau melihat banyak perkara yang tidak berlaku ketika ini hingga ada pihak yang meminta pertolongannya.

“Orang minta tolong, tak kan tidak tolong. Sisa yang ada untuk bangsa dan negara.

“Hendak dapat pangkat dan wang semua sudah ada. Kalau orang minta tolong, kalau tidak tolong tidak baik. Sebab itu saya ada di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas majlis memperkenalkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Taman Slim Permata di sini malam ini.

Sementara itu, pada majlis tersebut, Mahathir turut mengumumkan nama parti baharunya adalah Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang diasaskan berdama bekas lima lagi ahli Parlimen Bersatu dengan menamakan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sebagai calon mereka atas tiket bebas.

Turut hadir bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Setiausaha Agung parti itu, Datuk Marzuki Yahya.

Hadir sama adalah pemimpin dari parti komponen Pakatan Harapan seperti Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

9 Komen

  1. Bantu bangsa mana Hatok Der oiii, mungkin JENIS KUTTY kot utk dijadikan PM serta untuk terus mengaut harta Negara. Hatok Der bila terpijak tanah Ada apa-apa terbayang atau terfikir sesuatu yang menanti tak? Atau hanya fikir macamana nak songlap TANAH tu?
    Tanya je sbb ada sesuatu yang tidak pernah Hatok idamkan telah menunggu.

  2. Saya susah nak percaya kata-kata Mahathir. Orang tua ini selalu suka bohong. Kalau dia nak bantu orang Melayu dan Islam duduk di rumah sahaja. Malaysia tak dapat maju kehadapan disebabkan manusia-manusia seperti Mahathir, Anwar, Kit Siang dan lain-lain lagi dalam parti DAP.

  3. cuba tanya pulak berapa ramai yg ckp jgnlah.. jgnlh tolong pecahkn melayu lg.. Berhentilh sebelum ianya terhenti, klaupun sume dh dpt susah sngt ke nk lupakn dunia ni… hubut dunia…

  4. Pandai betul kau bersendiwara gunakan bangsa dan ugama konon. Kau ni nmemang orang tua yang kuat membohonghan. Cukup cukuplah menipu orang melayu sebab nak bagi makan anak cucu kau.

  5. 22 tahun campur 22 bulan, kenapa nak tunggu sisa2 hidup baru nak bantu agama!

    Dulu tak pernahpun nak memperkasakan undang2 syariah, siap mempersendakan sunnah2 nabi lagi!

  6. Cukup lah selama 22 thn, 22bulan telah menerajui Negara ini. Ape kah dasar yg telah diilhamkan dibawah pemerintahan tun M, yg nampak dasar New economik polisi yg belom tercapai, yg ketara ade kroni2 dan beberape org melayu jadii tykoon, termasuk kaum keluargenya tpi rate2 org kg msh susah. Untuk memberi kaum bumiputra equity 40/30/30 dlm bidg perniagaan msh jauh tersasar. Look east policy pon xberjaya hanye membawe industri kereta dlm negara melalui proton, itu pon mendatangkan byk masaalah. Dlm aspek education pon kita masih tercari formula untuk meningkatkan sistem education negare yg masih berjalan secars trail and error. Dalam apek memperkase agame, majis agame islam dan lain2 institusi agame tidak terdapat byk pembangunun malah tahfiz utk kembangkan agame tidak dibyk dibantu malah raja2 yg menjadi ketua agame negeri pon cube disekat kuase mereka. Dlm PH byk usha untk menyekat perkembangan islam dimane sekutu PH menyifatkan tahfiz dan pembelajaran islam sebagai pusat penyebaran/perkembangan ajaran TALIBAN. Cukup lah kupusan diatas. Malaysia bangga dgn MARA, FELDA, PNB, TH dan byk program pembangunan lain dalm aspek perumahan dll, ini semua diasaskan sebelom era TM DIBWH BN, jadi dimanekah letaknye sumbangan beliau sendiri dlm memperjuangan agame dan bangsa? Malah dgn perkembangan sekarang nampaknya Bangsa Melayu teruk menghadali perpechahan angkara rebutan kuase. Afekah ini diangap PERJUANGAN? Perjuangan untuk sape, untk NEGARA ATAU PERJUANGAN UTK PERIBADI. Rakyaat perlu fikir seluas2nya agar tidak menjadi PISANG BERBUAH DUA KALI!!!!

Comments are closed.