GAmbar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak lima sen seliter iaitu daripada RM1.93 seliter kepada RM1.98 seliter.

Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak lima sen seliter iaitu
daripada RM1.63 seliter kepada RM1.68 seliter, menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini.

Manakala bagi harga runcit diesel naik sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM1.79 seliter kepada RM1.82 seliter.

Ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh tengah malam ini sehingga 21 ini.

Kenaikan dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product) selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette