Arkib

KUALA LUMPUR – Kesemua 42 Ahli Parlimen DAP akan menyokong petisyen supaya denda bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka diturunkan kepada RM250 berbanding RM1,000 ketika ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, meskipun menyedari niat kerajaan untuk menjaga kesihatan dan kesihatan awam daripada penularan wabak Covid-19 namun pertimbangan perlu diberikan terutamanya kepada golongan B40.

Beliau mendakwa, terdapat banyak gambar yang menunjukkan Menteri-Menteri Kanan tidak memakai pelitup muka namun tidak didenda sehingga menimbulkan pandangan seorang wujudnya pendakwaan berpilih.

“Penguatkuasaan juga perlu dilaksanakan secara sama rata ke atas menteri dan bukan hanya ke atas rakyat biasa sahaja. Kadar denda RM1,000 adalah terlalu tinggi dan sukar ditanggung oleh golongan kurang berada.

“Jumlah RM250 disyorkan berikutan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein Onn yang ditangkap menghisap vape dalam persidangan Dewan Rakyat dan didenda RM250.

“Beliau telahpun meminta maaf dan membayar kompaun RM250.

“Sekiranya seorang Menteri yang kaya hanya didenda RM250, mengapa rakyat biasa yang hidup susah tidak boleh didenda jumlah sama sebanyak RM250 kerana tidak pakai pelitup muka?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Petisyen yang diterajui oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii dan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi itu antara lain menyatakan denda RM1,000 adalah bersamaan dengan 83 peratus daripada gaji minima di Malaysia iaitu RM1,200.

Berbanding di Australia di mana denda untuk kesalahan yang sama adalah A$200 iaitu 6.7 peratus daripada gaji minima di negara berkenaan iaitu A$3,015 sebulan.

Ini sekali gus menunjukkan jumlah denda berkenaan adalah terlalu tinggi untuk golongan miskin.

Guan Eng turut memuji ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Nasional yang menyokong petisyen berkenaan kerana sanggup mengenepikan perbezaan politik demi kepentingan rakyat.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. DAP ni bodoh ke apa dia? Yg vape tu apa kaitan dgn Covic? Ni kalau tak pakai pelitup muka, kena jangkitan Covic..kerajaan kena tutup kawasan mcm kes kat Kedah tu…berpuluh juta duit rakyat kena dibelanjakan..malah golongan B40 yg akan paling teruk kena- hilang pendapatan berminggu2 tak dapat pi kerja..budak2 tak blh pi sekolah…DAP ni bodoh macam lembu lah…

Comments are closed.