Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn mengesahkan hubungan Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kekal erat walaupun negara itu memeterai perjanjian damai dengan Israel baru-baru ini.
Hishammmudin berkata, Malaysia mengamalkan sikap hormat-menghormati hubungan antara dua negara yang mengatasi pendirian semasa.