Penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kiri jalan di KM B.05 Lebuhraya Besraya Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang Grab Food maut selepas merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di Kilometer B.05 Lebuhraya Besraya menghala ke pusat bandaraya malam tadi.

Lori yang mengalami masalah pada tayar kanan sebelah hadapan berhenti di lorong kiri jalan dengan memasang lampu kecemasan.

”Lebih kurang 10 minit kemudian motosikal yang dipandu mangsa tiba dan terus melanggar bahagian belakang kanan lori. Akibat kemalangan mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala,” kata polis.

Pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Polis berkata, ujian saringan mendapati tiada bau alkohol dikesan pada pemandu lori namun sampel darah dan air kencing diambil untuk dianalisis kimia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette