TERKINI : MUSYKIL!!! Agihan Kerusi Tak Bincang Tapi Dah Selesai – PAS Selangor

Pas Selangor tidak menghadapi masalah dalam pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini kerana ia diuruskan oleh pucuk pimpinan ketiga parti gabungan Muafakat Nasional (MN).

Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, pengagihan kerusi itu sudah selesai dan ia tidak dibincangkan di peringkat negeri, sebaliknya diserahkan kepada kepimpinan pusat.

“Secara tradisinya, kerusi di negeri akan diuruskan oleh Pas Pusat. Di Selangor urusan itu sudah selesai dan akan dimaklumkan oleh pucuk pimpinan apabila tiba masanya nanti.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. cukup lah tu. orang bahagi pun dah fikir timbang habis dah. anggaplah ketentuan dari allah. segala urusan kan menjadi mudah

Comments are closed.