Kemasukan Pelajar IPTA Di Kedah, Sarawak Mungkin Ditangguh | EDISI MG 8 Mlm – 20 Ogos 2020

Kemasukan pelajar institusi pengajian tinggi awam di Kedah dan Sarawak yang akan memulakan pengajian mereka semula pada Oktober ini mungkin  ditangguhkan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, ini berikutan kes pandemik Covid-19 yang semakin menular di negeri tersebut.

Katanya, keputusan penangguhan itu bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan kerajaan negeri yang terlibat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas berkempen bersama calon Barisan Nasional, Mohd. Zaidi Aziz sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim di Kampong Rahmat Changkat Sulaiman hari ini.