Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pagi tadi menolak permohonan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pembubaran DUN Sabah.
Keputusan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim di bilik bicara Mahkamah Persekutuan Rayuan sekitar pukul 10.20 pagi.
Jelas David Shim ketika menolak permohonan tersebut dengan alasan perkara itu tidak boleh diputuskan di mahkamah. Sejurus selepas keputusan itu disampaikan, kesemua 33 ADUN terbabit memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan.