Pemuda PAS Dah Bersuara “Tak Puas Hati, Sila Bertanding Sendiri” | EDISI MG 8 mlm – 21 Ogos 2020

Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) meneliti dengan serius perkembangan berlaku antara parti dalam kerajaan Perikatan Nasional terutama kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu penggunaan bendera Barisan Nasional, penyertaan parti Bersatu dalam Muafakat Nasional dan pendaftaran PN.

Timbalan Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pemuda Pas berpandangan, Perikatan Nasional mahupun Muafakat Nasional adalah manifestasi daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap prestasi pentadbiran Pakatan Harapan selama 22 bulan sehingga membawa kepada jatuhnya kerajaan itu.

3 Komen

Comments are closed.