TERKINI : “ISU Rahman Dahlan dan Bung Moktar” Saya Akan Selesaikan – Annuar Musa

Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa menyifatkan sentimen dan pendapat peribadi sebagai satu perkara yang terlalu kecil berbanding fokus untuk memastikan rakyat di Sabah dapat melakukan perubahan sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Meskipun dari sudut etika tindakan Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan 12 bahagian parti menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pemilihan Datuk Bung Moktar Radin mengetuai parti itu dalam PRN negeri berkenaan dilihat Annuar sebagai negatif, namun beliau berkata menganggap ianya normal.

Meskipun akan ada yang tidak berpuas hati namun kata Annuar parti perlu membuat keputusan berdasarkan keperluan dan kebaikan. “Tapi tidak mengapa kita tidak perlu besarkan.

Kita harus bekerjasama selamatkan kepentingan rakyat Sabah itu lebih besar daripada agenda perasaan peribadi, sentimen, dan pendapat peribadi. Itu terlalu kecil.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast