KUALA LUMPUR – Semua kementerian, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan diminta untuk mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan menerusi pelbagai platform agar kehangatannya dapat dirasakan disetiap lapisan masyarakat.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata peranan semua pihak ketika negara mengamalkan langkah pencegahan wabak Covid-19 amat penting, memandangkan tahun ini tidak ada perarakan akan dianjurkan pada 31 Ogos nanti.