KUALA LUMPUR – Seorang koperal polis yang tahan kerja apabila diberkas kerana disyaki terbabit dalam kes samun telah diberhentikan kerja pada 18 Julai 2018.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Komisioner Datuk Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan berkata, dia diberhentikan kerja dua tahun lalu kerana disabitkan dengan kes dadah di Terengganu,
Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, suspek bersama dua lelaki menghampiri mangsa berusia 29 tahun yang sedang minum di kedai makan di Pandan Perdana dan mengenalkan diri sebagai anggota polis.
Mangsa yang merupakan seorang wanita warga China sempat diselamatkan dan suspek yang berusia 46 tahun itu berjaya ditahan manakala dua lagi rakannya berjaya melarikan diri dan kini diburu polis. – MalaysiaGazette
Koperal ditahan kerja yang menyamun ditangkap, dua rakan diburu