Tren baharu Bombardier Innovia Metro 300 milik Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) selamat mendarat dengan pesawat kargo awam terbesar dunia Antonov An124-100 di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 25 OGOS 2020.

SEPANG – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mencipta sejarah baharu apabila empat gerabak daripada 27 tren baharu Bombardier Innovia 300 tiba  di sini petang tadi.

Pesawat Antonov 124-100 yang membawa tren itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1 tengahari.

Penerbangan yang menggunakan pesawat kargo kedua terbesar dunia itu mengambil masa selama tiga hari untuk sampai ke Kuala Lumpur dari Plattsburgh, Amerika Syarikat (AS) dengan melakukan beberapa persinggahan untuk mengisi bekalan bahan bakar.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, kos untuk memiliki 27 unit tren baharu di bawah projek KLAV (Kuala Lumpur Additional Vehicle) berjumlah RM1.7 billion yang mana syarikat itu telah menerima dua unit tren.

Pengerusi Prasarana, Datuk Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman bercakap semasa tren baharu Bombardier Innovia Metro 300 milik Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) selamat mendarat dengan pesawat kargo awam terbesar dunia Antonov An124-100 di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 25 OGOS 2020.

Menurutnya, dua unit tren lagi masih dalam perjalanan dari AS melalui kapal laut dan baki sebanyak 22 unit tren akan diperolehi secara berperingkat-peringkat.

“Tren ini mempunyai emapt gerabak yang mampu membawa 784 penumpang dalam satu-satu masa serta tren baharu ini akan digunakan di laluan LRT Kelana Jaya” kata yang menyaksikan pendarat pesawat yang membawa tren Prasarana itu di KLIA hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Muhammad Nizam Alias.

Tajuddin berkata, sebelum wabak Covid-19 melanda, sebanyak 320,000 orang menggunakan perkhidmatan LRT Kelana Jaya setiap hari dan pihaknya menjangka peningkatan penumpang sebanyak 11 peratus menerusi penambahan tren terbabit.

Ujar beliau, apabila Prasarana memperolehi kesemua tren yang dibelinya itu pada 2023, setiap tren mampu membawa seramai 800 penumpang bagi satu perjalanan.

“Ini akan memudahkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam pada kos yang murah dan membantu kerajaan bagi memastikan kakitangan sektor awam mahupun swasta mudah bergerak ke tempat kerja sekaligus mampu untuk membangunkan ekonomi negara kita,” tambahnya.

Tren baharu Bombardier Innovia Metro 300 milik Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) selamat mendarat dengan pesawat kargo awam terbesar dunia Antonov An124-100 di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 25 OGOS 2020.

Menurut Tajuddin, kos membawa tren itu dengan menggunakan pesawat ditanggung syarikat pembekal, Bombardier Hartasuma Consortium.

Tren tersebut kemudiannya akan dibawa menggunakan jentera berat, Golhofer ke fasiliti pembuatan Hartasuma di Pulau Indah, Klang bagi menjalani pemasangan dalaman, ujarnta.

Kata beliau, seterusnya tren terbabit akan diperiksa sebelum dihantar ke Depoh LRT Kelana Jaya di Subang untuk pengujian dan pengesahan teknikal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast