MENGEJUTKAN Tengku Zafrul Dedah 101 Senarai Projek ‘RM6.61 Bilion’ | EDISI MG 8mlm – 26 Ogos 2020

Menteri Kewangan hari ini mengemukakan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang diluluskan melalui proses rundingan terus (RT) semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, senarai itu didedahkan atas dasar mendokong urus tadbir yang baik demi ketelusan pentadbiran kerajaan.

Berdasarkan senarai itu terdapat 20 kementerian yang melaksanakan rundingan terus. Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli paling banyak melaksanakan RT iaitu 13 diikuti Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (12), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (9), Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani dan Kementerian Dalam Negeri, masing-masing 8.

1 Komen

Comments are closed.