Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim berucap pada Ceramah Bersama Bossku sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di FELDA Besout 2, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 28 OGOS 2020.

SLIM RIVER – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menegaskan beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya sebelum menyertai politik.

Justeru bekas Pengerusi Tabung Haji (TH) memberitahu, tidak ada harta daripada badan milik orang Islam yang pernah diketuainya dahulu diseleweng walau satu sen sekalipun.

Katanya, ketika memegang jawatan pengerusi di institusi kewangan itu beliau hanya mempengerusikan mesyuarat dan tidak pernah meluluskan apa-apa penjualan berkaitan TH.

“Kakak-kakak, abang-abang saya nak beritahu, saya ini orang berniaga yang berjaya sebelum menyertai politik.

“Saya kenal bossku (Datuk Seri Najib Razak), Yang Amat Berhormat Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) sudah lama dah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah Pembongkaran Isu Tabung Haji Haji, Felda Dan Di Sebalik Debat Sinar di Besout 2, Felda Besout, Trolak malam ini.

Beliau mengambil peluang menggunakan pentas ceramah berkenaan untuk mendedahkan isu yang pernah dibangkitkan Pakatan Harapan (PH) yang kononnya mendakwa TH mengalami kerugian ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Najib turut hadir sama pada ceramah yang sama.

Dalam pada itu, Abdul Azeez mendakwa beliau menjadi mangsa setelah ditipu oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar yang mengendalikan debat antara beliau dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof awal bulan lalu.

Beliau mendakwa, sebelum debat itu bermula Johan telah menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh beliau dan Mujahid.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, syarat yang ditetapkan itu pula dilanggar apabila beliau ‘diserang’ dengan soalan yang tidak sewajarnya.

“Saya ditipu oleh Johan, Sinar tak tipu,” ujarnya merujuk kepada akhbar Sinar Harian yang menjadi penganjur debat terbuka itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. Ahli perniagaan yang berjaya?….. Yer ker. Sampai ke mahkamah perniagaannya.

    Yang aku tau dia nie kaki “bising” di parlimen tu ada ler…..

  2. Dalam pada itu, Abdul Azeez mendakwa beliau menjadi mangsa setelah ditipu oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar yang mengendalikan debat antara beliau dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof awal bulan lalu.

    La PENIPU ke Johan ni?

    Ada juga orang yang telah mengangkat kaum KAFIR sebagai pemimpinnya kini ingin pula MATI diatas tikar sejadah!

Comments are closed.