AS Roma.

ROM – Kelab Serie A, AS Roma terpaksa berdepan krisis apabila terpaksa menangguhkan latihan musim baharu selepas empat pemain mereka dikesan positif Covid-19 semalam.

Selepas penjaga gol Antonio Mirante positif minggu lalu, kini penyerang Sepanyol, Carles Perez turut dijangkiti Covid-19 bersama bek kanan, Bruno Peres yang turut mengalami masalah sama tetapi tanpa gejala.

“Saya hormati proses kuarantin tetapi saya tidak sabar kembali bersama pasukan,” kata Peres selepas  liga Itali, La Liga yang akan kembali bersambung pada 19 September ini.

Sebelum ini, Sky Sport Italia melaporkan, penyerang Belanda, Justin Kluivert menjadi pemain keempat diuji positif selepas pulang  bercuti di Belanda dan Ibiza di Sepanyol.

Kelab lain di Itali turut melaporkan beberapa kes positif dalam kalangan pemain dan staf yang pulang dari bercuti.

Jurulatih Bologna, Sinisa Mihajlovic yang menjalani rawatan leukemia sejak tahun lalu diuji positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin.

Kelab Sardinia, Cagliari turut mempunyai empat pemain dijangkiti Filip Bradaric, Luca Ceppitelli, Alberto Cerri dan Kiril Despodov manakala Sassuolo mengumumkan penyerangnya, Jeremie Boga juga positif.

Penyerang Napoli, Andrea Petagna turut dijangkiti manakala Torino mengumumkan dua kes tanpa mendedahkan nama mereka, begitu juga kelab yang baharu dinaikkan, Benevento. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast